Meneliti artikel ini cukup membuatkan penulis merasa amat kagum terhadap barisan elit pertahanan negara iaitu mereka yang bergelar komando. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul mereka bukanlah ringan seperti mana yang difikirkan orang awam.
Walaupun terpaksa menghadapi modul latihan yang sangat perit sebelum layak memakai beret hijau dan bergelar komando, mereka sanggup mengharunginya demi memantapkan benteng pertahanan negara. Berapa ramai mereka yang di luar sana mampu memiliki semangat seutuh mereka?
Untuk melayakkan seseorang anggota menyertai kursus asas komando selama 12 minggu, mereka terlebih dahulu dikehendaki mengikuti pemilihan yang dikenali sebagai kursus pemanasan selama 4 minggu. Mereka yang lulus ujian pemanasan sahaja layak dan dibenarkan untuk menyertai asas komando.
Walaupun pelatih yang mengikuti kursus asas komando adalah mereka yang benar- benar layak dan terpilih, tetapi menurut pengalaman mereka yang mengikuti kursus ini sama ada yang berjaya mahupun gagal, kebiasaannya separuh daripada peserta akan pulang sebelum sempat ditauliahkan sebagai seorang komando. Hal ini cukup untuk membuktikan bahawa latihan yang mereka hadapi benar- benar lasak dan memerlukan ketahanan yang tinggi.
Oleh itu, kita seharusnya berterima kasih kepada insan- insan seperti ini kerana mereka sanggup mengharungi berbagai kepedihan demi menjadi seorang anggota yang benar- benar terlatih tidak lain tidak bukan hanya untuk memastikan keselamatan awam terjaga.
Rujuk http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Semangatkomandokental/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan