Harta bukan ukuran persahabatan. Itu kata- kata yang boleh diungkap apabila bercakap mengenai persahabatan, membawa makna persahabatan tidak diukur dengan harta kekayaan, tidak pula harta kekayaan itu menjadi penghalang sesuatu ikatan persahabatan.
Bersahabat kerana rupa, lama- lama berkedut juga. Bersahabat kerana harta, lambat laun habis juga. Bagi penulis, ungkapan persahabatan itu sangat unik dan mempunyai nilai sentimental yang amat dalam. Seorang sahabat berbeza dengan seorang kawan, seorang kawan berbeza dengan seorang kenalan. Seorang sahabat itu mungkin 1 dalam seribu kawan, mungkin juga 1 dalam sejuta.
Sahabat sejati amat sukar dicari, dan adakalanya kehadirannya tidak disedari tetapi kehilangannya amat dirasai. Kebiasaannya sahabat sewaktu senang mudah dijumpai sebaliknya sahabat ketika susah amat sedikit bilangannya. Namun begitu, seorang sahabat amat tinggi nilainya dan jauh bezanya jika dibandingkan dengan teman mesra berlainan jantina.
Sahabat yang baik tidak akan mengaibkan sahabatnya di hadapan orang lain walaupun terdesak. Sekali sahabat terguris, ia amat sukar dipadamkan sekalipun ungkapan maaf itu bertalu- talu. Riak wajah yang ceria tidak bermaksud hatinya seceria itu, tetapi hanyalah dengan harapan sahabatnya tidak merasa risau akan masalahnya.
Dalam persahabatan terlalu banyak pahit manis dan suka duka. Bagi merasa yang bersahabat kerana Allah, asam garam dalam persahabatan dianggap sebagai rempah tidak lain tidak bukan hanya untuk menyedapkan gulai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan