kalau bawak payung
jangan pusing sesuka hati
nanti tercucuk mata orang
pedihh!
Ahad, 11 Mac 2012
ponteng
member: nanti klas duk sebelah tau
aku: ok
*****************************************
member: siot, ponteng!
aku: harini lect masuk aja tak?
member: blaja la!
aku: ape yang ko belaja?
member: entah, aku pon tak paham ape die ajar

Sabtu, 10 Mac 2012
Kecemerlangan Seseorang Pelajar Universiti
Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang tidak kira di bangku sekolah mahupun universiti, dan mereka sentiasa menanam cita- cita untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik. Namun demikian, pepatah sudah menyatakan bahawa yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, membawa maksud sesuatu perkara yang diimpikan tidak akan dapat dicapai tanpa berusaha.
Apabila berbicara mengenai kecemerlangan pelajar universiti dari segi akademik misalnya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada pencapaian yang cemerlang. Sebagai contoh, pelajar cemerlang akan sentiasa bersedia dengan membuat persiapan awal dari segi pembelajaran seperti melakukan ulang kaji secara konsisten dan berkala untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada hari kemudian. Cara pembelajaran di saat- saat akhir seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pelajar universiti mestilah dielakkan supaya tidak menimbulkan tekanan pada hari peperiksaan.
Namun demikian, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar ialah menentukan matlamat atau objektif yang hendak dicapai sama ada matlamat jangka pendek atau jangka panjang. Proses menentukan matlamat ini sangat penting kerana ia bertindak sebagai pencetus motivasi dan pembakar semangat terhadap seseorang individu.
Walaupun begitu, para pelajar terutamanya pelajar- pelajar universiti harus faham bahawa erti kecemerlangan itu sangat luas dan terbuka di mana bukan sahaja akademik yang menjadi penanda aras, tetapi juga dari sudut lain seperti sahsiah, kemahiran berkomunikasi, kehidupan bermasyarakat dan lain- lain. Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang diidamkan, usaha harus bermula dan dilaksanakan oleh individu itu sendiri di samping sokongan dan dorongan dari pihak- pihak lain.
-mohamad hafiz bin muda
-213938

Langgan:
Catatan (Atom)