Memandangkan masa untuk pilihan raya umum sudah semakin suntuk, maka banyaklah kedengaran di sana sini orang bercakap mengenai perkara ini. Yang pro dengan pro nya manakala yang anti dengan anti nya. Tidak kurang juga yang goyang di atas pagar.
Bagi mereka yang berada di atas inilah masanya untuk membina kepercayaan orang ramai mengenai kredibiliti mereka. Berbagai cara dan taktik digunakan demi melaksanakan misi ini tidak kira bersih mahupun kotor. Yang menang mahu mengekalkan kemenangan manakala yang menunggu kemenangan terus menunggu keputusan yang bakal dihakimi rakyat.
Janji- janji manis dan retorik ditabur bersama- sama umpan yang cukup untuk mengenyangkan dalam jangka masa yang singkat. Bantuan itu dan ini dicanang sebagai bukti kepimpinan yang berkredibiliti. Mereka yang taksub hanya akan nampak keindahan semata- mata. Sudahnya rakyat sendiri yang perlu membuat penilaian.
Sebagai mahasiswa merangkap generasi bakal peneraju tampuk kepimpinan negara, janganlah kita menjadi mahasiswa yang hanya tahu 3k iaitu kuliah, kafe dan katil. Sekurang- kurangnya biarlah kita menjadi seorang yang mampu menilai dan membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan